Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan tunjuk taring

  

  Kelantan berjaya melengkapkan kemenangan treble pada tahun ini apabila menewaskan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir piala Malaysia yang penuh dramatik semalam. NorShahrul Idlan Talaha menjadi wira apabila menjaringkan dua gol semalam.
   Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Mat Yo sebelum tamat babak pertama hasil kesilapan penjaga gol ATM, Farizal Harun . Rezal Zambery Yahya menyamakan kedudukan sejurus bermula babak kerdua. Selang seminit kemudian, Mat Yo sekali lagi menunjukkan taringnya apabila kembali meletakkan Kelantan di hadapan. Penyerang berbisa ATM Marlon Alex James menyamakan kedudukan apabila menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol Kelantan yang juga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
   Perlawanan terpaksa dibawa ke masa tambahan. Indera Putra memastikan kejayaan Kelantan apabila menjaringkan gol pada minit ke 96. ATM akur dengan permainan terbaik yang ditunjukkan oleh Kelantan walaupun tanpa dua tonggak utama, Ghaddar dan Farhan.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kemana Neymar harus pergi?!


   Neymar mengatakan bahawa dia akan berpindah ke kelab eropah selepas piala dunia 2014. Neymar sering dikaitkan bersama Real Madrid. Walaubagaimanapun, masih tidak ada persetujuan antara Real Madrid dan kelab semasa Neymar, Santos.
   Chelsea pula sering menyenaraikan Neymar dalam senarai perpindahan tetapi gagal untuk mendapatkan pemain antarabangsa Brazil tersebut. Beberapa kelab lain juga berminat pada pemain yang mempunyai skil tersendiri ini seperti, dua kelab setempat Manchester United dan Manchester City, serta PSG, Juventus dan Barcelona.

Khamis, 18 Oktober 2012

Kelantan tempang bertemu ATM

 
  Kelantan bakal menghadapi laluan sukar untuk menghadapi ATM dalam final Piala Malaysia apabila dua tonggak utamanya, NorFarhan dan Muhamad Ghaddar kerana mendapat dua kad kuning pada perlawanan sebelum ini. Ini memberi peluang ke pada ATM untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali yang pertama buatnya. Penyerang ATM, Marlon Alex James selaku penjaring terbanyak kempen ini pasti akan melakukan yang terbaik pada perlawanan yang berlangsung pada Sabtu ini ( 18 oktober ).
   Afiq Azmi pasti akan diturunkan untuk digandingkan bersama NorShahrul bagi menggantikan Ghaddar yang digantung.

Klik2