Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rabu, 14 Disember 2011

Rekod tanpa kalah City lebur

     Chelsea berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga perdana inggeris, Manchester City pagi isnin lalu. Chelsea mengalahkan City 2-1 untuk kembali merebut takhta liga. City telah mendahului pada minit pertama menerusi jaringan Mario Balotelli yg membuat larian sehingga melepasi penjaga gol Chelsea, Peter Cech.
     Walaubagaimanapun, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan menerusi hantaran Daniel Sturridge yg berjaya disudahkan oleh Raul Meireles. City menambah derita apabila Gaël Clichy diarah keluar padang kerana menjatuhkan pemain tengah Chelsea, Ramires.
     City menambah lagi derita apabila tendangan penyerang Chelsea, Daniel Sturridge terkena pertahanan City iaitu Joleon Lescott di dalam kotak penalti. Penalti berjaya di sudahkan oleh Frank Lampard dan memberikan kemenangan kepada Chelsea.
     Chelsea naik tangga ke-3 dengan 31 mata manakala City kekal berada di tangga teratas liga dengan 7 mata mengatasi Chelsea. City akan menentang Arsenal yg pernah menghabiskan musim liga perdana inggeris tanpa kekalahan.

Jaringan kemenangan Chelsea yg dijaringkan  oleh
 Lampard menerusi sepakan penalti
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik2