Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sabtu, 31 Disember 2011

Thierry Henry kembali ke ARSENAL

    
     Ada kenyataan yang menyatakan bahawa lagenda Arsenal, Thierry Henry akan kembali bersama Arsenal secara pinjaman. Henry mungkin akan bermain malam ini ketika Arsenal menentang QPR dan pasti akan menggegarkan stadium.
    Henry telah menonton perlawanan Arsenal menentang Wolves di laman sendiri minggu lepas yang berakhir seri 1-1. Henry dipinjamkan dari New York Red Bulls selama dua bulan. Gervinho dan Marouane Chamakh dijadual akan beraksi dalam kempen Piala Negara-Negara Afrika bulan depan oleh itu Wenger memerlukan tenaga tambahan seperti Henry.
     Di Arsenal, Henry yang juga pemain antarabangsa Perancis mencatat rekod 226 gol buat The Gunners dari musim 1999 hingga 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik2