Selasa, 3 April 2012
Barca dan Milan buru slot ke separuh akhir liga juara-juara
Selepas seri tanpa jaringan minggu lepas, juara bertahan, Barcelona hadapi ujian getir apabila akan menentang Ac Milan awal pagi esok di Nou Camp. Ac Milan hanya memerlukan seri 1-1 untuk layak ke separuh akhir.
Lain pula nasib kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang akan menentang Marseille dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan. Bayern Munich hanya memerlukan seri tanpa jaringan untuk layak ke peringkat seterusnya.
Begitu juga dengan Chelsea dan Real Madrid yang mempunyai kelebihan 1 dan 3 gol di tempat lawan. Chelsea berjaya bangkit daripada kekalahan pada perlawanan pertama pusingan ke-16 di tempat lawan 3-1 untuk layak ke suku akhir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan