Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Selasa, 28 Februari 2012

Keputusan Liga Juara-juara Pusingan ke-16 (perlawanan pertama)

     Selepas tamat perlawanan pertama pusingan ke-16 Liga Juara-juara Eropah, England mungkin tiada sebarang wakil kerana Chelsea dan Arsenal telah di tunjuk jalan ke luar. Chelsea yang tewas 3-1 kepada Napoli walaupun telah mendahului 1-0 menerusi jaringan Juan Mata, mungkin tidak akan layak ke suku akhir. Begitu juga dengan Arsenal yang di belasah 4-0 oleh AC Milan di tempat lawan mempunyai peluang yang begitu tipis untuk layak ke pusingan seterusnya.
     Juara musim lepas, Barcelona telah menunjukkan taring apabila menewaskan Bayern Leverkusen 3-1 di tempat lawan. Real Madrid pula sedikit kecewa apabila seri menentang CSKA Moscow apabila CSKA Moscow menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan. Bayern Munich dan Inter Milan, masing-masing tewas 1-0 kepada FC Basel dan Marseille.

Keputusan Perlawanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik2