Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Isnin, 20 Februari 2012

Malaysia vs Japan

    
     Pasukan Bola Sepak Malaysia akan melayan kunjungan pasukan samurai, Jepun pada perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 pada 22 Februari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akan berlangsung pada 9 mlm.
     Harapan Malaysia untuk layak ke Olimpik London 2012 musnah apabila Malaysia tewas empat perlawanan berturut-turut termasuk perlawanan sebelum ini menentang Bahrain 1-2. Malaysia sekarang berada di kedudukan yang paling bawah dengan tidak mempunyai sebarang mata. Manakala Jepun berada di kedudukan ke-2 di belakang Syiria dengan tiga kemenangan satu kalah.
     Selepas menentang Jepun, Malaysia akan menentang Syiria pada 14 Mac nanti. Ong Kim Swee berharbaap pemain akan melakukan yang terbaik pada perlawanan ini dan berharap tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik2